Powered By Blogger

Kamis, 27 Januari 2011

Maksud tetamu: Orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput Konsep melayan tetamu: Menerima dan melayan tetamu merupakan sikap dan amalan yang amat digalakkan. Keimanan dan kemuliaan seseorang dapat dilihat melalui cara menerima dan melayan tetamu. Maksud Sabda Rasulullah saw; -Tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalm masa 3 hari - Layanan istimewa selama sehari semalam mengikut kemampuantuan rumah - Pada hari kedua dan ketiga layanan yang diberi sama seperti yang diberikan kepada keluarga sendiri dan ianya dianggap sebagai sedekah Galeri ilmu: Disunatkan membaca surah al-A’sr ketika berpisah di dalam sesuatu majlis termasuk ketika berpisah dengan tetamu. Perhatian: -Pesan Rasulullah saw: Makanlah bersama tetamu kerana tetamu malu makan bersendirian -Iringilah tetamu pulang hingga ke pintu Tamaddun:Sekiranya memberi layanan baik dan mesra terhadap tetamu menjadi budaya dalam kehidupan umat Islam hari ini. Sektor peancongan akan bertambah pesat. Mereka akan merasa selesa dan aman berada di negara yang rakyatnya mempunyai budaya yang luhur dan hati yang jujur Latihan: i. Lengkapkan a. Definisi tetamu 1. Tetamu ialah sesiap sahaja yang ________ kerumah kita 2. Mereka terdiri daripada ahli____________, jiran tetangga,____________dan lain-lain 3. Islam menyuruh umatnya menerima dan_____________ tetamu dengan baik 4. Melayan tetamu dengan baik hukumnya_______________ b. Adab melayan tetamu 1. Memberi layanan yang baik dan _________ 2. ________menerima kehadiran tetamu. 3. Menunjukkan muka yang manis dan ____________kepada tetamu 4. Menyediakan_____________dan minum sekadar yang mampu kepada tetamu c. Kepentingan beradab dengan tetamu 1. Supaya disenangi oleh_________ yang datang 2. Mewujudkan sikap saling _________ antara satu dengan lain 3. Mewujudkan suasana mesra antara _________dengan tetamu 4. Melahirkan masyarakat yang ___________ mulia 5. Memeperlihatkan kebaikan dan _________ ajaran Islam d. Adab sebagai teamu 1. Memberi ________ terlebuh dahulu sebelum masuk ke rumah orang 2. Bersalaman dan ___________kepada tuan rumah 3. Mengunjungi rumah kawan dengan____________yang baik dan ikhlas 4. Tidak melakukan perkara yang ___________perasaan tuan rumah 5. _______________pada waktu yang sesuai 6. ___________tuan rumah dalm semua perkara ii. Isi tempat kosong a. Kelebihan melayan tetamu b. Kesan tidak beradab dengan tetamu iii. Esei 1. Apakah maksud tetamu mengikut syarak? 2. Mengapakah kita di suruh melayan tetamu walaupun mereka bukan beragama Islam? 3. Nyatakan dua cara beradab dengan tetamu 4. Apakah tujuan Islam menyuruh umatnya melayan tetamu dengan baik dan ikhlas 5. Nyatakan dua sikap yang perlu anda amalkan apabila melayan tetamu 6. Terangkan dua akibat jika tidak melayan tetamu dengan baik 7. Nyatakan tiga perkara yang dikarang ketika berada di rumah orang 8. Apakah dua hikmat disebalik suruhan beradab dengan tetamu 9. Huraikan tiga implikasi terhadap orang yang tidak beradab dengan tetamu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar